MENGAPA KAU PERGI DULU (Cerita ini diadaptasikan dari kisah benar seorang sahabat) SEDIH GILA..

“Woi, tepilah sikit, sibuk jelah kat tengah jalan, aku nak lalu ni”, Rita geram. Sebenarnya Rita adalah seorang gadis yang bersikap seperti lelaki dan kasar. Dia bukanlah seperti gadis lain yang bersikap lemah lembut dan sopan, Rita bersikap agak ganas dan brutal. Namun begitu dia merupakan seorang gadis yang periang, baik hati dan suka membantu kawan- kawan dikala susah. Rita juga tidak suka jika ada budak lelaki mengusiknya. Rita memang kurang senang dengan lelaki yang bersikap begitu, pasti akan “dibasuhnya” cukup- cukup. “Cuba kau cakap baik- baik sikit dengan budak lelaki tu, dia cuma tanya je, bukannya buat apapun, yang kau tengking dia sampai macam tu kenapa, kesian dia” Dayah, kawan Rita menegur. “Biar dia takut sikit, kalau tak nanti dia mengada-ngada, jangan percaya sangat kat budak lelaki ni, tak boleh bagi muka”, Rita bersuara tegas.

Sebenarnya Rita bukan tidak suka berkawan dengan lelaki, tetapi kerana peristiwa lampaunya membuatkan dia lebih berhati- hati jika ingin berkawan dengan lelaki. Ketika Rita disekolah menengah dulu, Rita pernah bercinta, tetapi lelaki tersebut telah mempermainkannya. Oleh kerana itulah Rita tidak mempercayai lelaki. Dia sering menasihati kawan-kawannya agar jangan terlalu mempercayai lelaki kerana menurutnya, lelaki suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kelembutan perempuan. Namun begitu, masih ada juga lelaki yang meminati Rita kerana perwatakannya yang bersahaja itu. Rita sering mendapat surat layang daripada lelaki di tempat kerjannya. Ada yang memang meminatinya dan ada juga yang mahu mempermainkannya. Tidak kurang juga lelaki yang bertaruh untuk medapatkannya. Tetapi Rita langsung tidak mengendahkan semua itu kerana dia memang tidak berminat langsung untuk megambil tahu perkara-perkara sebegitu.

“Eh, ada budak baru masuk department kitalah”, “Yelah, hensem pula tu, untunglah aku kalau dapat dia kan”, kedengaran keriuhan semua pekerja di SURIA HOLDING. “ Kau ni Rita, takde reaksi langsung, cubalah tengok, ‘jambu’ tu”, Dayah mengusik Rita. “Biarlah dia, yang korang sibuk- sibuk dengan budak baru tu kenapa, bukan dapat apa pun”, Rita tidak mengendahkan rakan sekerjanya itu. “OK, staff SURIA HOLDING, saya perkenalkan pekerja baru kita En. Shahrin, dia akan bekerja di department ini”.Pada hari tersebut adalah hari pertama bagi Shahrin bekerja di syarikat itu. Shahrin telah di tempatkan bersebelahan dengan meja Rita. Semasa Shahrin mengenalkan diri kepada pekerja-pekerja lain, Rita tidak memberikan sebarang reaksi pun. Dia sibuk menyiapkan kerjanya yang tergendala beberapa hari lepas. “ Hai, saya Shahrin, saya harap awak dapat memberi tunjuk ajar kepada saya”, Shahrin menghulurkan tangan tanda perkenalan. Rita hanya memandang Shahrin sambil tersenyum. Huluran tangan Shahrin tidak disambutnya. Shahrin dengan rasa agak malu menarik kembali tangannya. Shahrin segera menuju ke meja yang telah ditetapkan untuknya.

Memang diakui Shahrin merupakan seorang yang tampan dan kacak, lagipun perwatakannya yang baik itu telah menyebabkan ramai gadis di SURIA HOLDING meminatinya. Ramai yang suka merenungnya dari jauh. Walaupun Shahrin sedar semua itu, dia malas ingin mengambil tahu. Dia bukanlah seorang lelaki yang suka berfoya- foya. Setelah beberapa minggu bekerja di SURIA HOLDING, Shahrin berasa pelik kenapa Rita tidak mengendahkannya berbanding gadis lain yang suka mengejar dan ingin berkenalan lebih rapat dengannya. Shahrin merasakan yang dirinya tiada disitu bagi Rita. Mereka jarang bertegur sapa kecuali Shahrin memerlukan pertolongan daripada Rita, apatah lagi ingin berbual- bual. Rita lebih senang melakukan kerjanya daripada berbual kosong. Lagipun Rita jarang bercakap dengan staff lelaki di syarikatnya. Tanpa disangka, dalam diam Shahrin sering memerhatikan Rita. Shahrin suka melihat perwatakan Rita yang agak ganas dan brutal itu. Rita bukanlah seorang gadis yang suka bergaya. Dia lebih suka memakai jeans dan T-shirt sahaja sehinggakan kadang kala bosnya telah menegur cara pemakaian Rita yang kurang sesuai ketika di pejabat. Namun dia lebih selesa begitu. Rita lebih suka memakai ala kadar sahaja asalkan selesa baginya. Walaupun begitu, itulah yang telah membuatkan Shahrin tertarik dengannya. Ditambah pula dengan perwatakan Rita yang periang dan bersahaja sudah membuatkan Shahrin mula jatuh hati. Pada mulanya Rita tidak perasan yang Shahrin sering memerhatikannya, tetapi lama- kelamaan Rita dapat menghidu perbuatan Shahrin yang sering memerhatikan kelakuannya. Rita mula rimas dengan keadaan itu.

Sebenarnya sejak hari pertama bekerja di situ Shahrin telah mula tertarik dengan Rita. Dia mula menyedari ada sesuatu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan terhadap Rita. Di sebabkan oleh itu, Shahrin mula cuba untuk memikat Rita. Setiap hari Shahrin cuba menegur Rita. Adakalanya Shahrin telah menghantar bunga ataupun coklat di atas meja Rita, tetapi Rita tidak menunjukkan sebarang reaksi. Jika ingin di bandingkan dengan gadis lain yang satu pejabat dengan mereka, jika mereka mendapat bunga atau coklat di atas meja pasti kecoh dan riuh rendah jadinya. Ada “secret admire” yang bagi katanya. Beberapa kali juga Shahrin cuba menghantar bunga dan coklat kepada Rita, namun tiada reaksi. Shahrin beralih pula cuba memberikan kad kepada Rita. Rita yang sememangnya tidak suka dengan keadaan itu, terus sahaja membuang kad itu ke dalam tong sampah. Rita tahu yang pengirim kad itu adalah Shahrin. Di sebabkan itu, Rita semakin rimas dan mula bersikap kasar terhadap Shahrin. Namun Shahrin tetap tidak berputus asa. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memikat hati Rita yang memang keras dan ego itu. Shahrin tahu, seego-egonya hati perempuan pasti akan lembut. “Shahrin, aku tahu kau cuma nak main-mainkan aku, kau jangan ingat aku macam perempuan lain yang kau boleh main-mainkan, tak payah buang masa kau lah, carilah perempuan lain, malas aku nak layan kau”, Rita rimas. “Aku memang ikhlas nak kawan dengan kau Rita, aku bukan nak main-mainkan kau”, Shahrin bersuara. “Aku tak sukakan kau, lelaki semuanya sama saja, suka mainkan perasaan perempuan, termasuk kau juga, lagipun aku bukan ‘minah bunga’ atau ‘minah jiwang’ lah, jangan ganggu akulah, get lost”, Rita tegas dengan pendiriannya. “Anggapan kau silap Rita, silap, aku akan buktikan yang aku memang ikhlas ”, Shahrin berkata.

Pada suatu hari, syarikat Rita telah mengadakan percutian bagi meyambut ulang tahun syarikat. Percutian itu telah di buat di Pulau Tioman. Semua staff telah menyertai percutian tersebut termasuk Rita dan Shahrin. Pelbagai aktiviti telah di atur dan semua pekerja SURIA HOLDING sangat gembira dengan aktiviti yang diatur. Pada petang itu, mereka semua melakukan aktiviti pantai. Rita juga tidak ketinggalan untuk bermain dan mandi manda di pantai. Begitu juga Shahrin. Sedang mereka asyik bermain air, tiba-tiba kedengaran suara orang meminta tolong. “Tolong, tolong, Rita lemas, cepat selamatkan dia, tolong”, Dayah menjerit kecemasan. Tanpa membuang masa Shahrin yang sedang seronok bermain di gigi air terus berenang menuju kearah Rita yang kelemasan. Semua orang yang berada di situ kelihatan agak cemas dengan keadaan yang berlaku. Shahrin terus membawa Rita ke tepi pantai. Rita yang tidak sedarkan diri terus di hantar ke klinik berdekatan. Setelah sedar, Rita mendapati Shahrin ada disisinya. Rita tahu Shahrin yang telah menyelamatkan nyawanya. Rita sangat berterima kasih kepada Shahrin.

Sejak kejadian tersebut, bermulalah bibit- bibit cinta diantara Shahrin dan Rita. Shahrin dan Rita sering kelihatan bersama. “Rita, Shah nak Rita tahu yang Shah memang ikhlas terhadap Rita, Shah memang sayangkan Rita”, Shahrin bersuara lembut. “Maafkan Rita, selama ni Rita dah salah anggap terhadap Shah, ternyata anggapan Rita terhadap Shah meleset. I’m sorry”, Rita sayu memandang Shah. Sejak itu, perwatakan Rita telah berubah. Rita telah menjadi seorang gadis yang lebih lemah lembut dan mula bersikap sopan. Dia bukanlah lagi Rita yang di kenali sebagai seorang yang bersikap kasar dan ganas. Dia juga bukanlah lagi Rita yang dikenali lelaki sebagai gadis yang brutal. Dia kini sudah pandai memakai blaus dan baju kurung kepejabat. Dia juga sudah mula pandai mengenakan alat solek di mukanya. Ini semua kerana Shahrin. Shahrin telah membimbingnya supaya menjadi wanita yang sejati. Shahrin jugalah yang mendorongnya agar bersikap lemah lembut. Semua pekerja di SURIA HOLDING perasan dengan perubahan Rita. Rita kelihatan lebih gembira dan ceria.

Kemesraan yang terjalin diantara Shahrin dan Rita memang tidak dapat dinafikan. Walaupun mereka berada di pejabat yang sama dan duduk bersebelahan, mereka pasti akan keluar bersama setiap minggu. Semua pekerja di SURIA HOLDING telah menggelarkan mereka sebagai “belangkas” kerana sering bersama kemana sahaja. Mereka juga menjadi semakin cekap dan tangkas melakukan urusan syarikat sehinggakan bos telah memberi kepercayan kepada mereka untuk bekerjasama menguruskan urusan syarikat. Lagipun gandingan mereka di dalam menguruskan urusan pejabat memang berjaya dan telah menaikkan nama SURIA HOLDING. Segala projek yang di uruskan oleh mereka pasti akan menjulang dan tidak akan menghadapi sebarang masalah. Semua staff di SURIA HOLDING sangat mempercayai mereka. Semua pekerja sangat mencemburui kejayaan dan kemesraan mereka. Shahrin dan Rita boleh dikatakan sebagai pasangan yang sangat bahagia dan romantik dan juga pasangan yang sangat berdedikasi apabila melakukan kerja.

“Rita, minggu depan Shah nak bawa Rita jumpa parent Shah, Rita prepare apa yang patut OK”, Shahrin senyum memandang Rita. Rita hanya mengangguk tanpa berkata apa- apa. Pada hari yang ditetapkan, Shahrin telah membawa Rita berjumpa kedua orang tuanya. Nampaknya kedua orang tua Shahrin merestui perhubungan mereka. Rita dan Shahrin sangat gembira dengan keadaan tersebut. Keluarga Rita yang sememangnya sudah tahu perhubungan mereka juga senang dengan keadaan tersebut. Lagipun Shahrin telah banyak mengubah Rita yang dulunya merupakan seorang gadis yang kasar menjadi seorang yang lemah lembut dan sopan santun. Shahrin dan Rita menjadi semakin intim dan rapat kerana kedua orang tua mereka merestui perhubungan mereka.

Di sebabkan itu, Shahrin telah merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Rita. Shahrin telah bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha dengan lebih keras lagi. Rita juga sering membantu Shahrin di dalam urusan pejabat. Mereka sangat bahagia sekali. Pada suatu hari, Shahrin telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan sebuah syarikat besar yang memang telah diidam-idamkan olehnya untuk bekerja di situ. Shahrin telah mendapat tawaran bekerja di syarikat tersebut selama dua tahun. Pada mulanya Shahrin tidak mahu pergi kerana tidak sanggup berjauhan dengan Rita, tapi setelah Rita meyakinkannya supaya menerima tawaran tersebut, Shahrin telah menerima tawaran tersebut. “Shah kan memang dah lama nak kerja dekat syarikat tu, pergilah, bukannya lama pun, dua tahun je, lagipun bukannya kita tak boleh jumpa, KL dengan JB bukannya jauh sangat, Rita boleh call Shah everyday, jangan lepaskan peluang ni”, Rita meyakinkan Shah. “Oklah, Shah akan terima tawaran tu, lagipun dah lama Shah nak kerja kat syarikat tu, baru sekarang dapat peluang. Tapi ada satu perkara yang Shah nak cakap dengan Rita”, Shah memandang Rita. “Apa dia Shah?”, Rita terkejut. “Lepas habis je kontrak Shah dengan syarikat tu selama dua tahun, Shah nak kita ikat terus tali pertunangan, Shah dah tak sanggup nak berjauhan dengan Rita lagi”, Shah menggenggam erat tangan Rita. Rita tertunduk malu. Memang itu yang di harapkan olehnya selama ini. “Shah, Rita sangat sayangkan Shah”. “ Shah pun sangat sayangkan Rita”.

Sepanjang Shah berada di Johor Bharu, mereka kerap bercakap di telefon walaupun jarang berjumpa. Mereka hanya akan berjumpa dua bulan sekali. Kadang kala Shahrin yang akan pulang ke Kuala Lumpur dan kadang kala Rita yang akan menyusul di Johor Bharu. Walaupun mereka berjauhan, kasih sayang mereka semakin erat. Rita yang berada di Kuala Lumpur tidak pernah merasakan yang Shahrin jauh dari sisinya. Shahrin juga tetap berasa Rita sentiasa dekat di hatinya.

Pada ulang tahun Rita yang ke dua puluh empat, Shahrin telah membawa Rita sebuah restoran yang eksklusif. Di situ mereka telah di sajikan dengan lagu- lagu cinta di hiasi dengan cahaya lilin yang samar- samar. Shahrin memang sengaja memilih tempat begitu. Suasana pada malam itu memang sangat romantik sekali. Shahrin memandang wajah Rita. Dia menggamati wajah Rita yang lembut. Dia terkenang kembali, wajah itulah dulu yang begitu kasar terhadapnya. Wajah itulah dulu yang tidak menghiraukannya, wajah itulah yang dulu merupakan seorang yang kasar dan ganas. Shahrin tidak menyangka yang dia dapat mengubah Rita menjadi seorang perempuan yang lemah lembut dan sopan sekali. Rita sekarang sudah tidak seperti yang dikenalinya mula- mula dahulu. Shahrin begitu bahagia dan gembira sekali dengan perubahan itu. Rita yang sedar Shahrin merenungnya membiarkan sahaja keadaan itu. Rita tahu yang Shahrin memang sangat merinduinya, lagipun setelah Shahrin bekerja di Johor Bharu, mereka jarang berjumpa, inilah masanya untung memandang buah hati dengan sepuas-puasnya.

Panas yang disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengahhari. Pada suatu hari, Shahrin yang sedang memandu untuk pulang ke Kuala Lumpur telah di rempuh oleh sebuah lori. Kereta yang di pandu oleh Shahrin telah terbabas di bahu jalan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah hadapan yang cuba mengelak dari lori tersebut telah melanggar kereta Shahrin. Kereta Shahrin telah remuk dengan teruk sekali. Shahrin telah tercampak keluar dari kereta dan mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Pada waktu itu, Rita yang baru beredar dari pejabat berasa begitu tidak senang sekali. Dia berasa berdebar- debar. Tiba- tiba Rita mendapat panggilan daripada keluarga Shahrin yang mengatakan bahawa Shahrin telah terlibat dengan kemalangan dan kini di tempatkan di ICU Hospital Kuala Lumpur. Rita terus bergegas menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, air mata Rita keluar dengan deras sekali. Rita berasa begitu takut jika sesuatu berlaku terhadap Shahrin.

Setibanya di hospital, kelihatan semua kelurga Shahrin telah berada di situ. “Rita, Shah tengah tenat sekarang, pergi masuk cepat, dari tadi dia asyik sebut nama Rita”, ibu Shahrin bersuara sayu. Tanpa melengahkan masa lagi, Rita terus meluru masuk. Kelihatan Shahrin dalam keadaan yang sangat memilukan. Doktor telah mengesahkan bahawa tulang belakang Shahrin retak dan telah berlaku pendarahan yang teruk di kepalanya. Menurut doktor, Shahrin sudah tidak dapat di selamatkan lagi, hanya menunggu masa sahaja. Air mata Rita mengalir laju. “Rita, Shah minta maaf kalau selama ini Shah ada buat salah, ada sakitkan hati Rita, Shah tak dapat tunaikan janji Shah, Shah tak dapat nak jaga Rita, maafkan Shah”, Shah bersuara dalam keadaan kesakitan. “Shah, jangan cakap macam tu, Rita sayangkan Shah, janganlah Shah cakap macam tu”, Rita sayu. Rita menggenggam erat jari jemari Shahrin. Rita terus memeluk erat Shahrin. Tiba- tiba nafas Shahrin menjadi semakin laju. Rita semakin cemas. Rita terdengar suara yang begitu sayu.” Shah sayangkan Rita”. Tiba- tiba Shahrin terkulai di dalam dakapan Rita. Tuhan lebih menyayangi nyawa Shahrin. Rita terus terkedu dan terdiam. Shahrin telah pulang ke Rahmatullah di dalam dakapannya. Ya Allah, mengapa dia pergi dulu. Kenapa dia pergi di waktu begini? Kenapa   ??. “Shah, dua bulan lagi kita nak bertunang Shah, kenapa Shah pergi di waktu begini?”, Rita begitu sebak. “Shah……”. Tiba- tiba Rita jatuh terkulai di lantai hospital. Rita telah jatuh pengsan kerana terkejut.

Sejak pemergian Shahrin kerahmatullah, Rita menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak menyendiri dan semakin tidak bergaul dengan kawan-kawan. Hnaya Dayah sahajah yang telah memberikan semangat kepadanya. “Walau apapun yang berlaku, hidup tetap perlu diteruskan Rita, aku tahu kau boleh menghadapi semua ini”. “Terima kasih Dayah kerana bersama aku selama ini, kaulah yang banyak beri nasihat dan dorongan kepada aku”. Walaupun setelah pemergian Shahrin yang dikasihi, kehidupan tetap perlu diteruskan. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Ia telah mengajar Rita agar menjadi seorang yang tabah mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Apabila terdengar lagu nyanyian Eisya yang bertajuk Nurani, air mata Rita pasti akan bercucuran jatuh. Dia pasti akan terkenagkan memori bersama Shahrin.

Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar sahaja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku untuk selama-lamanya
   

Boleh Ke Suntikan atau ubat boleh Memutihkan Kulit Kita?? Baca Ni…

Ramai wanita di Malaysia mengidamkan kulit cerah. Tidak hairan produk kosmetik untuk tujuan itu semakin meningkat permintaannya. Fenomena ini semakin berleluasa apabila ramai pengguna, terutama wanita, berani mengambil ubat secara oral atau suntikan untuk mencerahkan kulit selain produk kosmetik.

Antara ubat yang semakin berleluasa dijual secara tidak sah di media sosial dan blog adalah asid Tranexamic. Penjualan ubat ini bertujuan mencerahkan kulit dengan mengambilnya secara oral atau suntikan.

Ubat ini juga dijual secara kombinasi dengan suntikan vitamin C bagi memberi kesan lebih ketara kepada penggunanya. Namun, adakah indikasi sebenar ubat asid Tranexamic untuk memutihkan kulit? Setiap ubat yang didaftar dengan Kementerian Kesihatan adalah dengan indikasi tertentu bersama bukti kajian klinikal. Ubat asid Tranexamic didaftarkan untuk mengawal pendarahan daripada terus berlaku. Ubat ini akan memastikan proses pembekuan darah terus utuh dan pendarahan dapat dielak atau dihentikan.

Oleh itu, ubat ini kerap digunakan doktor dalam situasi pesakit wanita mengalami pendarahan haid tidak berhenti atau pesakit mengalami pendarahan hidung yang berterusan.

Ubat ini juga digunakan untuk mengawal pendarahan ketika dan selepas pembedahan prostat, pendarahan organ yang abnormal seperti di paru-paru dan buah pinggang serta rawatan mengubati gejala seperti eritema, bengkak dan gatal kulit teruk.

Semua ubat mempunyai kesan sampingan, begitu juga ubat asid Tranexamic. Doktor perlu menimbangkan manfaat dan risiko ubat ini sebelum diberi kepada pesakit.

Antara kesan sampingan umum ubat asid Tranexamic adalah pening kepala, sakit sendi, sakit dan kekejangan otot, saluran hidung tersumbat, sakit perut dan badan lesu.

Kesan sampingan serius dan memerlukan rawatan segera pula adalah kesan alergi (ruam, gatal kulit, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir atau lidah), sakit kaki, bengkak dan sakit seluruh badan, sakit dada, dada berasa ketat dan sukar bernafas, keliru, batuk berdarah, kurang atau susah membuang air kecil, gangguan penglihatan warna dan kabur, rasa kebas pada lengan atau kaki, sawan, pening teruk, pendek pernafasan, muntah dan kelesuan luar biasa.

Ubat asid Tranexamic tidak boleh digunakan jika pesakit mempunyai sejarah alergi terhadap ubat ini, mengalami penyakit tromboembolik, gangguan penglihatan warna, wanita mengalami masalah pendarahan haid tidak teratur, individu mengalami pendarahan otak, darah dalam air kencing atau pendarahan akibat masalah buah pinggang, ibu mengandung dan menyusukan anak serta individu menggunakan ubat kontraseptif estorgen dan progesterone.

Individu mempunyai masalah pembekuan darah atau situasi yang meningkatkan risiko pembekuan darah juga tidak boleh menggunakan ubat ini. Sebagai contoh, pesakit yang ada masalah injap jantung atau degupan jantung.

Ubat asid Tranexamic membantu memberhentikan pendarahan, justeru penggunaannya tanpa pemantauan doktor sangat berbahaya kerana dikhuatiri berlaku tromboembolisme, yang mana gumpalan darah berlaku dalam salur darah dan hanyut bersama aliran darah.

Seterusnya gumpalan darah ini boleh tersumbat pada salur darah penting di otak dan jantung yang menyebabkan berlaku strok dan serangan jantung.

Ubat asid Tranexamic juga menyebabkan pening kepala dan akan bertambah teruk jika diambil bersama alkohol atau ubat lain. Ubat ini juga tidak disyorkan bagi remaja berumur bawah 18 tahun kerana status keselamatan dan keberkesanan ubat ini tidak dapat ditentukan.

Penyalahgunaan ubat ini dilakukan oleh individu tidak bertauliah atau ada ilmu dalam bidang perubatan dan kesihatan. Mereka yang menjual ubat asid Tranexamic biasanya mencadangkan dos penggunaan harian yang tidak betul, malah ada yang mencadangkan ubat ini dibuka daripada kapsulnya dan dicampurkan dalam minuman jus buah atau air untuk disapukan pada muka.

Tindakan seperti ini tidak disyorkan oleh pengilang, malah tiada bukti klinikal menunjukkan tindakan seperti itu lebih berkesan dan boleh mencerahkan kulit.

Rakyat Malaysia harus menjadi pengguna lebih bijak. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan promosi jualan di Internet berkaitan ubat asid Tranexamic untuk mencerahkan kulit.

Sehingga kini tiada data saintifik bahawa ubat ini berkesan untuk mencerahkan kulit. Malah, tidak berbaloi jika dilihat harga jualan ubat ini yang mencecah enam kali ganda harga cadangan jualan runcit oleh pengeluar.

Pengguna dinasihat mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dulu sebelum menggunakan produk asid Tranexamic. Jangan terlalu ghairah ingin memiliki kulit lebih cerah sehingga memperjudikan nyawa akibat serangan jantung atau strok kesan penggunaan ubat ini.

Ubat ini hanya sesuai digunakan oleh pesakit yang mendapat rawatan doktor untuk masalah pendarahan, bukan pecerahan kulit.

Akibat “STUDY GROUP” Ibu Bapa Terpaksa Menanggung Malu…Pantaulah Aktiviti Anak..

Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.
Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap
Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.

KES 1 – ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.
Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.

Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.
Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.

Sebagai ibu bapa jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran,sentiasa memantau pergerakan anak kita.Menghindar lebih baik dari mengubati.

KERJA GILA ! WANITA KAHWINI KUCING SELEPAS PUTUS CINTA…

Barbarella Buchner, 48, mengahwini dua ekor kucingnya, Spider dan Lugosi dalam majlis secara dalam talian.

Kedua-dua kucingnya itu dipeliharanya sejak 10 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London.

“Kucingnya adalah cinta hidupnya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan,” dakwa Barbarella.

Barbarella yang kini menetap di Lanzarotte berkata, dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun gagal.

Menurut Barbarella , kucingnya itu membantunya untuk kembali menjalani kehidupan normal dan bangkit dari kekecewaan selepas hubungan percintaannya bersama bekas teman lelaki yang terjalin selama tujuh tahun putus.

“Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus.

“Ia menyakitkan apabila putus, saya menangis beberapa minggu selepas gagal namun kucing-kucingnya itu membantu memulihkan emosinya. Mereka membantu menenangkan dan sentiasa ada dengan saya,” katanya dipetik Mirror.uk.

Tambahnya lagi, dia kemudiannya tersedar bahawa cinta saya kepada haiwannya itu melebihi segalanya malah lebih dalam dari cinta kepada manusia.

Pada tahun 2004, Barbella mengambil keputusan untuk mengahwini kucingnya itu secara rasmi melalui sebuah laman web Marryyourpet.com.

Barbarella Buchner [2]

Laman web itu menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipersetujui sebelum membenarkan pelayar berkahwin dengan haiwan peliharaan dan antaranya ialah tidak dibenarkan untuk menganiaya haiwan kesayangan dalam apa jua cara.

Permohonannya diterima dan dia perlu membayar yuran berharga £20 (RM120) sebelum berkahwin dalam majlis secara online dengan hanya menekan butan “I do”.

Barbarella berkata, mengahwini Lugasi dan Spider adalah sesuatu yang perlu saya lakukan.

“Jika kucingnya mati, dia tidak akan mengahwini kucing yang lain dan jika ada lelaki yang mendekati saya akan berterus terang bahawa saya telah berkahwin dengan kucing, dan jika mereka fikir saya pelik, saya tak pedulikannya,” ujarnya.

Lelaki Kecewa Ditinggalkan Kekasih, Nekad Cuba Potong Kemaluan Sendiri

Gara-gara kecewa ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki muda cuba memotong alat sulitnya sehingga menyebabkan kecederaan dan mengalami pendarahan yang teruk.
Video dan gambar yang tersebar di media sosial China menunjukkan lelaki terbabit yang hanya memakai baju t-shirt tanpa berseluar dengan darah yang mengalir dari kecederaannya itu dengan tenang berjalan di sekitar kampus di Kolej Guangdong Peizheng di Guangzhou.

Menurut kenyataan dari pihak pengurusan kolej berkenaan, kejadian itu berlaku pada jam 2 petang Selasa. Pelajar terbabit dikatakan cuba mencederakan dirinya di asrama.

Selepas mengetahui kejadian itu, pihak pengurusan sekolah berkata mereka segera membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Tidak dinyatakan punca sebenar lelaki itu mencederakan dirinya, dan pihak kolej juga tidak menjelaskan kecederaan yang dialami oleh lelaki itu.
Pihak kolej menasihatkan para pelajarnya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu, namun sehingga kini masih ramai yang bercakap mengenai kejadian tersebut.
Menurut satu sumber di WeChat, lelaki itu cuba memotong alat sulitnya selepas dia ditinggalkan oleh teman wanitanya hanya kerana ‘burungnya’ terlalu kecil.

Pemain bola tampar dari langit – kasihan pasukan lawan, tiada peluang menang langsung!

Pernahkah anda menonton satu permainan sukan berkumpulan dan kelihatan seperti seorang pemain sahaja yang bersinar berbanding ahli kumpulan yang lain?

Beginilah gelagat seorang ahli kumpulan bola tampar yang bakal anda saksikan. Walau dari arah mana pun bola itu, dia akan sentiada berada di situ untuk bermain sekali.

Melihatkan kepada jersinya yang tidak sama seperti kedua-dua belah kumpulan, mungkin dia memegang posisi neutral? Tidak pasti sama ada perkara ini dibenarkan atau tidak bagi pemain untuk bermain bagi kedua-dua belah pihak. Namun, sekiranya ia dibenarkan, dia memang seorang pemain yang begitu handal.

Lihat sahaja gerak-gerinya, sungguh lincah dan bertenaga!

Dengan adanya pemain handal sebegini, jangan mimpi lah mahu menang menentang pasukan mereka.

 

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Setiap perhubungan itu dibina di atas dasar kasih sayang, percaya dan saling hormat-menghormati. Namun kebiasaanya, bukan senang untuk kita mencari pasangan yang boleh menerima diri kita dengan seadanya.

Begitulah nasib seorang wanita yang dikenali sebagai Mollie Cowin. Gadis yang berusia 22 tahun dan berasal daripada Kent, Britain ini telah patah hati setelah dirinya ditinggalkan oleh kekasihnya.

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Namun, perpisahan mereka ini bukanlah berpunca daripada campurtangan pihak ketiga, namun sebaliknya berpunca daripada masalah jerawat kronik yang dihidapi oleh Mollie sendiri.

Mollie yang berkerja di sebuah bank sering mengalami masalah kulit muka berjerawat sejak beliau berusia 14 tahun lagi.

Putus asa dengan jerawat pada wajahnya yang tidak pernah surut meskipun pebagai jenis produk kecantikan telah beliau cuba. Mollie kemudiannya berserah kepada takdirnya sahaja.

 

Mengakui yang beliau telah menghabiskan sebahagian besar daripada pendapatannya untuk menjalani rawatan kulit muka dan membeli pelbagai jenis produk kecantikan, beliau akhirnya terpaksa mengalah dan berasa kecewa.

Namun, tidak mahu mengalah, Mollie kemudiannya bercadang untuk mendokumentasikan keadaan mukanya sebelum dan selepas menggunakan setiap produk yang baru dicubanya.

“Bila saya beritahu niat saya untuk memuatnaik keadaan kulit wajah saya di laman Instagram, dia memberitahu saya yang ianya bukanlah sebuah idea yang bagus sekiranya gambar-gamar itu dilihat oleh rakan-rakan di Instagram,” beritahu Mollie.

Apabila ditanya mengapa beliau masih meneruskan perhubungannya dengan kekasihnya pada ketika itu meskipun beliau tidak mendapat layanan yang baik, berikut merupakan jawapan Mollie.

 

“Saya setia kepada dia sebab aku tidak percaya pada diri saya sendiri pada ketika itu. Aku berazam untuk menghilangkan jerawat pada wajah saya supaya dia boleh menerima saya…”

Mungkin sudah fed-up mencuba produk-produk yang dijual di farmasi dan di Instagram, Mollie kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar kulit.

“Saya minta pendapat doktor untuk memberikan sesuatu yang boleh menyembuhkan masalah kulit saya. Setelah keluar daripada bilik rawatan, doktor telah memberikan saya Roaccutane dan meminta saya supaya mengambilnya selama 6 bulan.”

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

Pada mulanya, Mollie agak ragu-ragu dengan rawatan yang diberikan oleh doktor pakar tersebut. Namun setelah memikirkan tentang masalah kulit muka berjerawat yang sentiasa menghantuinya, beliau akhirnya rela dan bersetuju untuk menjalani rawatan seperti apa yang telah disyorkan oleh doktor itu.

Setelah 6 bulan menjalani rawatan itu, Mollie mula mendapati kesan-kesan positif pada bahagian kulit wajahnya. Jerawat yang hodoh itu telah perlahan-lahan hilang dan kulit wajahnya kembali menjadi halus seperti seorang remaja.

 

“Apa yang saya telah lalui bukan sahaja telah mengubah kulit wajah saya. Malah, saya telah berjaya menemui kembali keyakinan diri yang telah saya hilang pada beberapa tahun dahulu.”

“Saya juga sudah tidak bercinta dengan kekasih yang sering menghina dan memperkecil-kecilkan saya dahulu, hanya kerana masalah jerawat yang saya alam,” beritahu Mollie.

Teman Lelakinya meninggalkan dia kerana jerawat yang menghodohkan wajahnya sehingga membawa penyesalan selepas sesuatu TERJADI

 

 

Aku Telah Menikah Dgn Wanita Di Ofisku Yg Mana Pangkatnya Lebih Tinggi Dariku Dan Dia 10 Tahun Lebih Tua Dariku. Ketika Malam Itu, Aku Terkejut Sehinggakan Aku Yakin Bahawa Aku Tidak Salah Memilih Isteri!

Mungkin aku adalah lelaki yang beruntung. Kerana ada biasiswa dan program ulasan kerja, aku akhirnya mampu bertahan dan menyelesaikan kuliahku selama 4 tahun.

Selama 4 tahun itu, aku melihat perjalanan cinta yang romantis teman sebilikku, dan untuk pertama kalinya aku merasa wang adalah hal yang sangat penting.

Orang yang paling banyak wang, setiap semester dia mampu berganti kekasih. Hanya aku, orang yang miskin dan setiap hari setelah kuliah, harus bekerja dan tidak ada waktu untuk merajut cinta.

Berkekasihan pasti memerlukan wang, dan aku adalah orang yang kekurangan.

Hingga aku lulus, setiap malam aku membayangkan di masa depan, aku mampu bersama dengan gadis yang aku kenal di kelas. Dia sudah berganti kekasih hingga 2 kali, aku hanya mampu melihatnya dari jauh.

Ketika lulus, aku menemukan pekerjaan yang sesuai dengan jurusanku, dengan gaji yang cukup memuaskan. Aku percaya, dengan kemampuan dan usahaku, suatu hari aku mampu keluar dari kemiskinan.

Setelah aku bekerja, aku baru sedar, dampak ekonomi keluarga untuk masa depan sangatlah besar.

Meski teman sekelasku yang juga lulus di tahun yang sama denganku, mendapatkan gaji yang tidak begitu tinggi, namun setelah 2 tahun bekerja, dia sudah membeli sebuah rumah, bahkan beberapa temanku yang lain sudah menikah.

Aku mulai merasa bahawa hidup itu tidak adil, selain usaha dan ketekunan, apa lagi yang mampu kulakukan untuk mengubah taraf hidupku?

Aku hanya mampu bekerja lebih giat dan keras lagi, berhemat hingga aku mampu membeli sebuah rumah kecil di kota. Setelah itu, aku baru mampu memikirkan yang namanya cinta.

Aku benar-benar menjalani seluruh hidupku dengan bekerja, kerana hal itulah aku menjadi lebih dekat dengan atasanku. Dia adalah seorang wanita yang lebih tua 10 tahun dariku. Dia tidak hanya baik dan menjagaku, dia juga sering menyapaku dan membuatku tersentuh.

Semakin hari, kami pun semakin dekat dan aku baru tahu, ternyata dia sudah bercerai 8 tahun yang lalu dan setelah itu dia tidak memiliki pasangan. Mungkin hal itulah yang menjadi dorongan untukku agar semakin dekat dengannya.

Suatu malam, ketika dia tidak sengaja menarik tanganku, aku merasa aku tidak mampu menolaknya. Itu adalah yang pertama kali untukku memegang tangan seorang wanita. Ketika itu, aku merasakan kehangatan.

Sejak hari itu, kami menjadi semakin dekat dan mulai berkekasihan. Namun, kerana aku takut kisah cinta ini akan mengganggu karirnya, akhirnya aku memilih untuk keluar dari pekerjaan ke perusahaan lain dan dia yang merekomendasikannya.

Di luar jam kerja, dia sangat berbeza. Yang biasanya di ofis, dia adalah wanita tegas dan mendominasi. Sedangkan ketika sedang kekasihan, dia menjadi seorang wanita yang lembut dan menawan.

Kami pun menjalin asmara dalam beberapa bulan, tiba-tiba suatu malam dia meneleponku dan menyuruhku turun dari rumahku. Dia bahkan memegang sebuket bunga dan dia melamarku!

Dia mengatakan bahawa dia serius. Dia mengatakan bahawa aku masih muda dan perjalanan karirku masih panjang, dia sudah punya rumah dan mobil, dan aku tidak perlu memberinya apapun, hanya perlu aku untuk bersedia bersamanya.

Ya, meski hal ini terlihat aneh, dia yang seorang wanita malah yang melamarku. Namun, akhirnya tak lama setelah itu, kami pun menikah, hanya teman-teman dekat kami yang diundang untuk makan bersama.

Setelah malam jamuan pernikahan berakhir, kami pun pulang ke rumah. Kami menonton TV bersama dan bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba dia bertanya kepadaku, “Apakah kamu benar-benar mencintaiku dan menerimaku apa adanya?” Aku melihat ke arahnya dan mengangguk dengan pasti.

Ia kemudian melanjutkan, “Tapi aku lebih tua banyak darimu”.

Aku pun tertawa dan membalasnya, “Jika aku sangat peduli dengan hal itu, aku tidak akan menikahimu”.

Ia kemudian mengatakan bahawa mau menambahkan namaku di surat kepemilikan rumah, memberikan buku tabungannya, dan berharap aku tidak mengkhianatinya.

Aku tidak mau menerima semua itu, aku menyuruhnya untuk menyimpannya saja dan membicarakan di lain hari. Ya, aku mau bersamanya bukan kerana wang dan harta yang dia miliki.

Sebelum tidur, dia bahkan merendam dan memijat kakiku, kerana dia tahu aku lelah hari itu. Aku pun terharu dengan yang dia lakukan, selama ini, hanya ibuku yang baik dan melakukan hal ini kepadaku.

Aku semakin yakin, meski dia lebih tua jauh dariku, namun pilihanku untuk menikah dengannya, tidaklah salah dan aku bersyukur mampu menjadi bagian hidupnya.

Harapan akan membuat hidup kita indah dan syukur akan membuat hidup lebih bahagia.

(Video) Tular Video Lempang Pelajar Masuk Kelas Lewat, Guru Tampil Mohon Maaf

Seorang guru tampil memohon maaf dan memberi penjelasan selepas mencetuskan kontroversi menampar sembilan orang pelajarnya yang hanya lewat 30 minit masuk ke kelas di sebuah sekolah di Jawa Tengah, Indonesia, lapor Tribun News

Lukman Septiadi, 27 tahun, memuat naik video bagi memberi penjelasan berkenaan tindakannya itu dan mengumpulkan kesemua sembilan orang murid yang ditampar di dalam sebuah bilik.

Rakaman berdurasi empat minit 30 saat tersebut menyaksikan Lukman mengaku atas dakwaan itu dan menunjukkan pelajar-pelajar itu berada bersamanya tanpa menyebut nama.

“Saya tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa sebab malah saya juga faham jika mereka mempunyai rasa dendam atas tindakan itu,” kata Lukman.

Menurutnya lagi, mungkin dia seorang yang menakutkan tetapi apabila ditanya sama ada mereka rasa dibuli dan dianiaya, pelajar-pelajar tersebut menjawab tidak.

Guru mata pelajaran Teknik Rangkaian Komputer itu turut meminta maaf atas tindakannya serta kesembilan pelajar tersebut juga telah memaafkannya.

“Dengan hati yang tulus, saya meminta maaf jika saya telah menyakitkan hati kamu semua. Adakah kalian menerima maaf saya?” tambahnya dalam rakaman itu.

 

 

Ramai Gadis-gadis “Bergetar Ovari” Mereka Selepas Gambar Yang Dikatakan Kemaluan Zul Ariffin “Terlepas” Di IG Kerana Digodam

Baru-baru ini pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin telah dihimpit kontroversi putus cinta dengan Zahirah MacWilson kerana hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga. Namun, Zul sekali lagi telah terlibat dengan kontorversi mengenai sebuah gambar luc4h yang dimuat naik menerusi Instgram Storiesnya.

Gambar viral yang melihatkan alat sulit lelaki itu dimuat naik semalam dan telah dipadam dua minit kemudiannya, namun ia telah tersebar dan menjadi topik perbincangan warga Twitter terutamanya para wanita yang meronta-ronta “mahukan” gambar tersebut.

Imej berkenaan memperlihatkan tangan seorang lelaki memegang kemaluan dengan menampakkan separuh badan.

Pengguna twitter, khususnya gadis-gadis diluar sana tidak ketinggalan untuk tweet mengenai isu tersebut dengan menggunakan ayat-ayat yang berbaur luc4h dan rela untuk mempertaruhkan maruah masing-masing.

Lihatla tweet-tweet “meronta” daripada gadis-gadis ni.

Digodam.

Walau bagaimanapun, kelab peminat rasmin Zul Ariffin iaitu Zul Ariffin FC telah memuat naik kenyataan bahawa akaun Instagram pelakon J Revolusi itu telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

‘Hai semua, harap maklum bahawa akaun bos (Zul Ariffin) telah digodam awal malam tadi. Dia sudah membuang foto berkenaan dan semuanya dalam kawalan. Kami memohon maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkannya perkara ini daripada berlaku lagi’.